Tuesday, January 26

Penyucian Jiwa di Tanah Suci :)




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada usia hampir  21 tahun, saya berpeluang utk menjadi tetamu Allah bersama2 mak ayah saya. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Persiapan sebelum ke Mekah 
Saya refer dkt ramai org tauuuu. Ye laa first time, mcm2 sy tny. Heheeheh. Ada gak yg saya google heheheeh. Sebelum g, saya seminggu lebih demam. So brg2 sume mak ayah yg preparekan heeeeeeeee.
  • pasport
  •  Ubat ( batuk, selesema, demam. Perubahan cuaca kan)
  • Sabun ( sbb senang nak basuh baju. Kat sana tak peluh sgt baju boleh rendam2 gitu je. Mandi pun sehari sekali je ekekeke
  •  Losyen jgn lupa! Nnt kulit kering
  • Emm tayah la nak bawa foundation, blusher, eyeshadow sumeee. Beli je bedak ngn lipstick arab kat sana ekkekekekekeke
  • Baju? Hahahahaa sy bawa sehelai jubah hitam, bju pakai masa nak ke mekah tu, telekung 2 pasang. serius! bag masa pegi mmg kosong. Hahhaa baju utk hari lain tu sy beli kat sana. Kehkehkeh ;D

Ramai kawan-kawan tanya, “ best tak pergi umrah?” hmmm sebenarnya soalan ni susah nak jawab. sebab? Kenapa eh? Sbb nya, dia punya BEST tu tak terkata !!!! best SANGAT!!!!!

Jadi, untuk entry kali ni, setelah bertahun tak update blog,  sy nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman sy dekat sana. SubhanAllah.

Kami amik pakej Andalusia, Rm5190/person. Rasanya its worth sbb most of the thing diorg yg uruskan. Makan dekat sana sehari 5 kali. Hehe. Pakej yg kami amik, ktorg straight ke Mekah. Flight dari Malaysia 14th Jan 2016 pukul 2.30pm ke Jeddah. Jap! Nak cerita. Tahu tak apa maksud Jeddah? Jeddah(arab)  tu maksudnya nenek perempuan. Asal usulnya dikatanya Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa di turunkan di Jeddah. Okay tu je. Hehe. Perjalanan  selalunya amik masa lebih kurang 8jam15minit. Tp masa haritu dekat 10 jam sebab keadaan cuaca tak elok. Memandangkan saya dari Malaysia terus ke Mekah jdinya saya berniat Ihram umrah di Qarnul-Manazil iaitu kira-kira sejam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Dicadangkan utk tak berniat ihram awal-awal sbb nnt akan terikat dgn 13pantang larang tuuuu. Apa? Takut tertidur? Terlepas nak berniat di Miqat? Haaa In shaa Allah tak.. biasanya ketua rombangan atau Flight attendance akan bgthu utk niat ihram. Kalau tidur pun, nnt mutawwif akn kejutttt.. “ perhatian kepada bakal-bakal hj/hjh utk pengetahuan hj/hjh lg setengah jam kita akan melimpasi Qarnul-Manazil. Jd bakal-bakal hj/hjh bolehlah berniat ihram” . bila dah berniat ihram pappppppppppppppppp kita dah jatuh dalam 13 pantang larang tuu. Ok? Maka jaga2 ya.. so, bila dah dalam ihram, banyak kan bertalbiah. J dalam flight nnt akan disediakan 2 kali makanan.  Hoho masa pergi dpt makan nasi lemak pak Nasser dgn satay ayam. Nomnomnom. Hahaha. Samapai kat aiport Jeddah, fuhh sini lama L nakk uruskan hal imigresen, kastam dalam keadaan berihram. Bila dah settle semua, naik bas yg disediakan utk ke Mekkah. Perjalanan amik masa dlm sejam lebih. Masa sampai tu hmm penat sakit pinggang! Haha. Ye lah lama dalam flight, nasib baik x jetlag. Kalau naik bas 8jam tuu, mmg muntah2 akuuu. Hoho. Okay dalam bas tu, mutawwif ceritakan la sedikit sbnyk pasal kota Mekah. Bila dah sampai hotel, amik kunci bilik, rehat sejam pastuu turun terus g buat Umrah. Hotel dengan Masjidil Haram x jauh sgt, dalam 650m gitu. Tp lenguh gak kaki. Allahu, jangan mengeluh, nak buat benda baik kan? Penat2 dulu ganjaran dia nnt wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh J  in shaa Allah. So ktorg start tawaf dalam pukul 2 pg cmtu. Selesai umrah pukul 4.30 pg gitu. So tunggu Subuh lepas subuh bru balik hotel. Serius balik tuuu pengsan terus. :’(


The next day, Kitorg buat ziarah luar.  Pergi Jabal Thur, Jabal Rahmah( Nabi Adam dan Hawa dipertemukan semula. Dah doa dah kat atas tu supaya dijodohkan dgn awak. Harap2 satu hari nnt dpt pergi dgn awak pulak. Eh? Amin lah! Hohoho), Jabal Nur, Mudzalifah, Jamrah & Mina ( tp Cuma tgh dari dlm bas je). Lastttttttttttttt sekali ktorg g Masjid Ja’ranah dan berniat ihram di sana ( utk umrah kedua)

Esoknya pulak pergi Masjid Tana’im. Bermiqat disana untuk umrah ketiga .
The next two days pergi Ziarah pilihan Hudaibiyah( ni kena byr, xnk g xyah bayar) . pergi muzium Haramain pastu g masjid Hudaibiyah dan berniat ihram disana utk umrah ke 4. Tp malangnya sy tak dpt buat sbb food poisoning kottt..

Kitorg kat Mekah 6 hari. Hari yg free dan dorg takde bawak g mana2 tu, ktorg buat aktiviti sendiri. Alhamdulillah dpt beribadah di Majidil Haram. J

Kalau Andalusia, 4 kali umrah je yg mutawwif akan lead. So korg akan follow je mutawwif tu… sy cdangkan korg buat yg sunat, pergi sendiri sorg2 dpt pergi dekat2 dengan Kaabah. Betul, nnt dapat satu rasa yg takpat diungkapkan dgn kata2 J awak2 yg kirimkan doa, Alhamdulillah sy dah smpai kan, awak semua jgn lupa usaha ya? ;)

Dah seminggu kat Mekah, hmm ni part sedih.. buat tawaf Wida. Wajib buat kalau cukup syarat! Ni namanya tawaf selamat tinggal. Mutawwif takkan lead sbb mutawwif busy settle kan passport sume. So pergi buat sendiri ataupun dgn fmly. Okay lepas tawaf wida ni ada pantang larangnya.. tak boleh bergambar! Tak boleh shopping! Tak boleh duduk lama2 di tanah haram. Lepas lalu dah kuar di tanah haram baru terlepas dari pantang larang tu. Okay, gerak pergi Madinah. Lebih kurang 6jam perjalanan. Sekali benti makan. Nasi Arab bohh. Hoho. Sampai madinah pukul 10 mlm waktu sana. So rehat. Hotel 5 stars weh! Terbaik laaaa Andalusia. Sejuk kat Madinah takyah ckp mmg sojuk !! dari hotel ke  Masjid Nabawi tak jauh sgt dalam 350m jeee. Kalau tak sllu juga g masjid taktau la :D

Pagi esok tuu, lepas bfast, dalam kol 8 gerak g Raudah utk menzirahai makan Rasulullah S.A.W dan kluarga dalam masjid nabawi. Alhamdulillah, dapat masuk Raudah, . Korg kena tgu dgn penuh kesabaran tau? Jgn lupa bawak cenderahti yg paling bernilai gi sana!! Apa? Kurma ke? Emas? Buah2an? BUKAN! Selawat ke atas Nabi! Banyakkan berselawat.
The next day ada ziarah luar 
-    Masjid Quba 
-  Pemakaman  Syuhada Uhud 
-  Masjid Qiblatain 
 Ladang Kurma 
Pasar Kurma

Alhamdulillah, ni je tempat2 yg sempat kami pergi.

Cadangan melontar duit? Mana lagi murah? Mekah ke Madinah? Jubbah beli kat mana lagi murah?
Haaaa ni soalan yg sy dpt lagi.. sebelum sy pergi, ramai yang kata nak beli jubah2 beli dekat Madinah lagi murah.. eh murah ke ? ye murah ! 3 pasang rm 100. Tp kainnya? Hmm :’) berdasarkan pengalaman, sy prefer beli jubah kat Mekah. Mekah sy boleh dpt harga Jubah 35 riyal. Duit Malaysia dalam rm30 je. Bezanya mungkin jenis kain. Yaaa, dekat Madinah ada yg 3 rm 100 tu tp kbnykn made in China. Kena pandai cari. Pada saya, dekat Mekah lagi senang nak tawar. Tp korang nk tawar-menawar tu agak2 tau? Jgn la yg harga 100 riyal korang nak mintak jd 30 riyal. Mmg tak dapek la doeeee. Tp den dapek gak la seploh lai jubah, ekeke.. 

Kurma nak beli dekat mana? Ladang kurma ke pasar kurma?
Okay ada dua pilihan. Kalau kat ladang kurma, uols akan ada satu pilihan je. Kalau kat pasar, ada bnyk pilihan dan harga boleh nego. So tahu kan nak beli kat mna? Heeeeeeeeeeeeee.

BALIK MALAYSIAAAAAAAAAAAAAAAAA
Dlm bas / flight berlawan2 batuk haha dari yg baby smpai ke baby tua semua batuk! Haha gerak 10 mlm dari Madinah sampai Jeddah kol 1 pagi cmtu . makan kat aiport,  check in flight kol 10 pg dari Jeddah smpai malaysia 12 tgh malam. Alhmdulillah.
In Shaa Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki akan ke sana lagi J


*no pic attached* J

No comments:

Post a Comment